JANGAN CUBA SKIM CEPAT KAYA

Skim Cepat Kaya tidak pernah menjadikan sesorang itu kaya dan boleh mendapat kebebasan kewangan seperti yang di gembar-gemburkan .Skim ini telah wujud di dalam dunia sejak berabad lama dan masih wujud di dala dunia hingga ke hari ini.Ini kerana selagi ada permintaan ,sikap tamak dan malas untuk berusaha selagi itulah skim ini akan berleluasa.

Di dunia skim ini di haramkan oleh kebanyakkan negara kerana ia akan menjadikan kita tidak produktif,bersikap malas untuk bekerja ,menurunkan produktiviti negara dan merupakan kerugian  ng amat besar kepada negara.Ini kerana orang ramai akan kehilangan wang ,kehilangan harta dan akan meyusahkan pihak kerajaan akhirnya.

Untuk mencapai kebebasan kewangan ANDA DAN WANG ANDA harus bekerja keras dan ianya perlu mengambil masa (slow and steady)

Di Malaysia sahaja statistik meneunjukkan kerugian yang di alami oleh orang ramai

 

Bagaimana mengetahui yang anda di tawarkan Skim Cepat Kaya.

1.Produk dari bank contoh unit amanah mempunyai potensi anggaran lebih kurang 8% setahun manakala skim cepat kaya pula menawarkan pulangan yang lebih tinggi  dari yang di tawarkan oleh pihak bank.Contoh mereka akan menawarkan lebih dari 20% setahun.

2.Bank hanya menawarkan pulangan pelaburan setahun sekali sahaja.Hanya  selepas akaun di audit manakala kebiasaan skim cepat kaya menawarkan kekerapan pulangan yang sangat kerap.Contoh ada yang menawarkan setiap 6 bulan sekali,3 bulan sekali dan banyak juga yang menawarkan pulangan sebulan sekali.

3.Produk yang di tawarkan bukanlah dari pihak bank.Di Malaysia hanya bank-bank yang mempunyai lesen untuk mengutip deposit dari orang ramai untuk simpanan atau pelaburan .

Set kan minda anda hanya membenarkan wang anda di laburkan ke dalam institusi kewangan yang di iktiraf oleh Bank Negara sahaja.

LIHATLAH KUNCI-KUNCI KESELAMATAN DARI PELABURAN YANG SAH DAN SELAMAT.

Untuk kita menjaga wang kita supaya tidak jatuh ke dalam skim cepat kaya pastikan yang anda hanya akan melabur jika syarikat itu mempunyai kunci-kunci keselamatan seperti di bawah:

  • BNM
  • FIMM
  • Securities Commission
  • Trustee
  • Investment Committee
  • Annual Report
  • Prospectus
  • Professional Management
  • Shariah Advisor

Kunci-kunci di atas merupakan kunci-kunci keselamatan yang hanya ada pada pihak bank atau institusi kewangan yang di iktiraf .Anda mempunyai banyak pilihan untuk membuat pelaburan di dalam negara kita seperti simpanan di dalam Tabung Haji,PNB yang mempunyai pelbagai produk kewangan dan juga unit-unit amanah.

Produk-produk kewangan ini menawarkan pulangan yang bagus dan mengatasi boleh mengatasi inflasi.

Begitu banyak pilihan anda mengapa mesti anda meletakkan duit anda di dalam risiko.

 

Advertisements

Be part of the big heart people who would like to give a great words

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s