13 Perkara Penting Wajib Anda Pertimbangkan Sebelum Anda Mula Melabur

Jangan mudah tertarik dengan hanya satu perkara sahaja apabila anda hendak melabur iaitu melihat pada pulangan semata-mata.Jika pulangan yang di tawarkan tinggi maka anda terus kelabu mata dan terus setuju untuk melabur.Faktor keuntungan bukanlah penanda bahawa pelaburan itu adalah yang terbaik .Banyak lagi faktor -faktor yang penting yang anda harus lihat dan pertimbangkan.Saya cuba sedaya upaya untuk menyenaraikan mengikut pengalaman saya di dalam bidang pelaburan saham amanah.Dan Insya Allah dengan senarai atau checklist di bawah ini ramai client saya yang terselamat dari melabur ke tempat yang akan meleburkan duit mereka.

Jom kita sama-sama lihat perkara yang wajib kita pertimbangkan sebelum memilih medium pelaburan kita.

1.Pelaburan yang di iktiraf -Jika pelaburan itu dari produk dari bank perdagangan di Malaysia memang tidak perlu di risaukan.Misalnya ASB,Unit Amanah dan produk emas buku pelaburan.Ini memang  popular dan selamat

2.Patuh Syariah-Sebagai muslim kita wajib mencari yang halal dan patuh syariah .Banyak produk di pasaran yang patuh syariah dan semoga harta kita sentiasa dalam keberkatan.Panel Syariah juga adalah satu bonus jika mereka ada dalam portfolio pelaburan kita

3.Jumlah  Pulangan pelaburan-kebiasaan dalam ekonomi sekarang pulangan yang biasa kita akan terima adalah di antara 6%-12% mengikut di mana kita akan leburkan malah anda boleh mendapat lebih lagi.

4. Jenis pulangan pelaburan-Jika anda memilih untuk melabur di ASB pulangan yang anda akan dapat ialah dividend(bonus unit dan ringgit).Jika anda memilih untuk meletakkan di dalam unit amanah anda akan mendapat dua jenis pulangan iaitu dividend dan kenaikan modal.Jika anda memilih untuk melabur dalam emas anda akan hanya mendapat kenaikan harga sahaja.

5. Modal permulaan pelaburan-sekarang semua pelaburan yang ada sangat memudahkan anda untuk memulakan pelaburan anda ,ada modal yang serendah RM 100 untuk anda membuka akaun.

6. Transaksi yang mudah untuk belian dan jualan-Pilihlah tempat pelaburan yang memudahkan anda membuat transaksi dan juga jualan.Ini sangat penting kerana jika transaksi ini mudah di lakukan maka ada harapanlah pelaburan anda semakin bertambah dari hari ke hari tambahan pula adalah satu bonus jika boleh di buat secara autodebit atau online.

7. Kecairan yang tinggi-Jika pelaburan anda sudah matang dan anda ingin membuat pengeluaran yang paling tinggi kecairan ialah ASB,unit amanah dan juga emas.

8. Pemantauan pelaburan secara aktif atau pasif-ini adalah faktor yang sangat penting untuk anda pertimbangkan.ASB,Unit amanah dan emas memerlukan penglibatan kita yang sangat minimum .Ia sangat sesuai untuk kita yang sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing dan tidak mempunyai masa untuk memantau aktiviti pelaburan kita.Oleh kerana itu juga pulangan yang kita dapat adalah sewajarnya dengan usaha penglibatan kita.

9. Kemudahan pengurusan-Segala aktiviti pelaburan dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang mereka dan memberikan kita rasa selamat dan selesa untuk berurusan.

10. Investment  control-Pelaburan yang kita pilih adalah untuk memberikan kita ketenangan fikiran.sebab itu kita lantik pakar yang menguruskan pelaburan kita .dan sebab itu juga kita tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pelaburan kita.Ini adalah contoh pelaburan yang pasif.

12. Transparency/Ketelusan-ASB dan Unit amanah adalah dua instrumen pelaburan yang mempunyai ketelusan mengenai pelaburan yang di lakukan dengan adanya ANNUAL REPORT dan juga PROSPEKTUS.Segala aktiviti dan pengurusan pelaburan lengkap di nyatakan dan semuanya di catatkan dengan teliti.Kalau skim cepat kaya ada Annual Report ke?

13. Pemegang amanah-Pastikan pelaburan kita mempunyai pihak ketiga yang diiktiraf untuk memegang duit pelaburan kita dan yang penting di iktiraf .

 

Jika anda berpandukan 13 perkara di atas untuk pelaburan anda Insya Allah semua pelaburan anda selamat dari di manupulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Advertisements

Be part of the big heart people who would like to give a great words

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s