Compounded Interest 8 Keajaiban Dunia

Albert Enstein pernah mengatakan FAEDAH TERKUMPUL atau COMPOUND INTEREST adalah “The eigth wonder of the world” atau “Keajaiban kelapan dunia”. Apa maksud di sebalik kenyataan ini.Ianya seumpama snow ball effect.Jatuh dari puncak gunung bersaiz yang sangat kecil tetapi bila sampai ke  kaki gunung saiz nya akan mampu merobohkan sebuah rumah.

Ia juga adalah kesan dari keuntungan yang anda perolehi dari modal anda yang mana anda tidak mengeluarkan keuntungan itu lalu ia menjadi sebahagian dari modal anda untuk dilaburkan.

Secara ringkasnya, ia adalah nilai terkumpul yang akan diperolehi untuk tempoh tertentu dengan kadar faedah yang tertentu. Sebagai contoh, jika anda menyimpan wang secara simpanan tetap atau “fixed deposit” di bank sebanyak RM1,000 dengan kadar faedah 4% setahun, berapakah nilai terkumpul yang akan anda perolehi selepas 10 tahun.

Menggunakan formula M x (1 + f)^t anda akan memperolehi 1000 x (1 + 0.04)^10 iaitu sebanyak RM1480, kenaikan 48% daripada modal asal.

M = Modal

f = Kadar faedah setahun

t = Tempoh dalam tahun

^ = Simbol gandaan

Perhatikan wang terkumpul yang akan diperoleh jika modal RM1,000.00 disimpan dengan dengan kadar faedah berlainan dan tempoh dilanjutkan sehingga 30 tahun.

KadarFaedah Wangterkumpul
4% RM3243
5% RM4322
8% RM10,063
10% RM17,449
12% RM29,960
15% RM66,218
18% RM143,371
22% RM389,758
27% RM1,300,504

Fakta menariknya, hanya Warren Buffett mampu mengekalkan kadar faedah 21.5% setiap tahun selama 40 tahun dari 1965-2005. Peter Lynch 29% selama 13 tahun iaitu 1977-1990, dan di Malaysia pengurus dana CDAM, Tan Teng Boo sebanyak 19.3% untuk 16 tahun dari 1991-2006. ASB pula antara 7-8% setakat ini.

Ada beberapa syarat untuk  anda mendapat kesan snow ball effect ini.

1.Anda menyimpan secara konsisten untuk jangka masa yang panjang mungkin rm 100 setiap bulan selama 20-30 tahun

2.Anda juga boleh menyimpan untuk satu jumlah yang agak besar dan membiarkan untuk tempoh yang lama mungkin 20-30 tahun

3.Dengan syarat anda tidak mengeluarkan keuntungan pelaburan anda apatah lagi mengeluarkan pokok atau modal pelaburan anda.

4.Lebih baik kita mula melabur dengan jumlah yang sedikit tetapi konsisten daripada nak tunggu duit terlebih atau satu jumlah yang besar yang tak pasti samaada milik kita atau tidak.

Advertisements

Be part of the big heart people who would like to give a great words

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s