Kerugian melambatkan memulakan pelaburan

 

chart-707x1024.jpg

Mesti ramai yang gigit jari selepas melihat jadual di atas kan.Kalau lah saya tau lebih awal mesti saya dah menyimpan awal-awal .Eermmm.Sabar jelah nak buat macamana kalau kita dapat ilmu ni awal-awal memang semua orang dah jadi senang lenang dan kaya raya.

RM 673,765.00

AMANDA 

Amanda memulakan simpanan pada usia 19tahun selama 8 tahun sahaja sebanyak RM 2000.00 setahun dan membiarkan simpanan tanpa menambah sesen pun sehingga umur 65tahun .

Kadar interest adalah 9%setahun.

Modal RM 16.000

Umur 65 tahun RM 692,796.00

Menyimpan selama 8 tahun sahaja

91.96%setahun.

 

FABIAN

Manakala Fabian hanya mula menyimpan semasa berumur 27 tahun lewat 9 tahun dari Amanda.Fabian telah menyimpan selama 38 tahun dan ketika berumur 65 tahun simpanan Fabian masuh tidak dapat menandingi jumla h simpanan  Amanda.

Kadar interest adalah 9%setahun.

Modal RM 78,000.00

Umur 65 tahun RM 673,765.00

Menyimpan selama 38tahun

20%setahun

 

Apa perasaan anda bila dah tau  keadaan di atas.

MENYIMPAN AWAL+MENYIMPAN TEMPOH YANG SINGKAT+COMPOUNDED INTEREST+MASA MENUNGGU=MAGIC

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk memulakan langkah ini untuk anak anda walaupun untuk anda mungkin agak terlambat.

Advertisements

Compounded Interest 8 Keajaiban Dunia

Albert Enstein pernah mengatakan FAEDAH TERKUMPUL atau COMPOUND INTEREST adalah “The eigth wonder of the world” atau “Keajaiban kelapan dunia”. Apa maksud di sebalik kenyataan ini.Ianya seumpama snow ball effect.Jatuh dari puncak gunung bersaiz yang sangat kecil tetapi bila sampai ke  kaki gunung saiz nya akan mampu merobohkan sebuah rumah.

Ia juga adalah kesan dari keuntungan yang anda perolehi dari modal anda yang mana anda tidak mengeluarkan keuntungan itu lalu ia menjadi sebahagian dari modal anda untuk dilaburkan.

Secara ringkasnya, ia adalah nilai terkumpul yang akan diperolehi untuk tempoh tertentu dengan kadar faedah yang tertentu. Sebagai contoh, jika anda menyimpan wang secara simpanan tetap atau “fixed deposit” di bank sebanyak RM1,000 dengan kadar faedah 4% setahun, berapakah nilai terkumpul yang akan anda perolehi selepas 10 tahun.

Menggunakan formula M x (1 + f)^t anda akan memperolehi 1000 x (1 + 0.04)^10 iaitu sebanyak RM1480, kenaikan 48% daripada modal asal.

M = Modal

f = Kadar faedah setahun

t = Tempoh dalam tahun

^ = Simbol gandaan

Perhatikan wang terkumpul yang akan diperoleh jika modal RM1,000.00 disimpan dengan dengan kadar faedah berlainan dan tempoh dilanjutkan sehingga 30 tahun.

KadarFaedah Wangterkumpul
4% RM3243
5% RM4322
8% RM10,063
10% RM17,449
12% RM29,960
15% RM66,218
18% RM143,371
22% RM389,758
27% RM1,300,504

Fakta menariknya, hanya Warren Buffett mampu mengekalkan kadar faedah 21.5% setiap tahun selama 40 tahun dari 1965-2005. Peter Lynch 29% selama 13 tahun iaitu 1977-1990, dan di Malaysia pengurus dana CDAM, Tan Teng Boo sebanyak 19.3% untuk 16 tahun dari 1991-2006. ASB pula antara 7-8% setakat ini.

Ada beberapa syarat untuk  anda mendapat kesan snow ball effect ini.

1.Anda menyimpan secara konsisten untuk jangka masa yang panjang mungkin rm 100 setiap bulan selama 20-30 tahun

2.Anda juga boleh menyimpan untuk satu jumlah yang agak besar dan membiarkan untuk tempoh yang lama mungkin 20-30 tahun

3.Dengan syarat anda tidak mengeluarkan keuntungan pelaburan anda apatah lagi mengeluarkan pokok atau modal pelaburan anda.

4.Lebih baik kita mula melabur dengan jumlah yang sedikit tetapi konsisten daripada nak tunggu duit terlebih atau satu jumlah yang besar yang tak pasti samaada milik kita atau tidak.

Mula melabur terus rugi 6.5%

Dulu masa saya mula menceburi bidang unit amanah memang terkejut jugak nak jawab soalan dari prospek mengenai service charge yang di kenakan oleh syarikat unit amanah.Maknanya jika kita melabur RM 10,000.00 sebanyak RM 650.00 akan di tolak dari modal anda untuk service charge .Bila anda tengok statement pembelian anda anda akan lihat modal anda yang sebenar cuma  RM 9350.00.

Isu ini pernah di utarakan oleh beberapa pihak yang tidak puas hati mengenai yuran ini.Ia akan di kenakan untuk client yang membuat pembelian.Ramai juga pakar kewangan yang saya jumpa tidak bersetuju dengan yuran berkenaan dan mempunyai pandangan mereka sendiri tetapi saya mempunyai pandangan saya sendiri tentang yuran berkenaan.

1.6.5% service charge tu cuma di kenakan semasa pembelian untuk tujuan pengurusan.

2.Dengan potensi pulangan yang boleh di perolehi lebih dari 10% setahun kita akan mula membuat keuntungan seawal  tahun pertama.

3.Pelaburan dalam unit amanah adalah untuk jangka masa yang panjang andaikan untuk persaraan kita let say kita melabur selama 10 tahun paling minimum.Kita bahagikan 6.5%/10 tahun setahun purata kita hanya di kenakan 0.65%sahaja setahun.Sikit kan tak sampai pun 1.00% setahun .Jika untuk 20 tahun ianya hanya 0.325% setahun dan bayangkan jika kita menyimpan untuk 30 tahun seterusnya.

4.Dengan fikiran yang terbuka jika kita membayar yuran 6.5% kita berpotensi untuk mendapat pulangan yang lebih dari biasa kerana pelaburan unit amanah adalah terdedah di equiti atau pasaran saham terbuka.

5.Anda pun pasti mengalami sendiri pengalaman portfolio pelaburan anda yang anda tidak membayar apa-apa yuran pengurusan dan  berapa pula pulangan yang anda dapat.

6.Untuk topik yuran pengurusan ini anda harus melihat untuk skop potensi pelaburan yang lebih luas untuk jangka masa yang panjang dan bukan hanya fokus pada 6.5% .

7.Maknanya jika anda sanggup untuk melaburkan 6.5% untuk permulaan maka anda juga berpotensi menikmati pulangan pelaburan yang lebih lumayan.

 

Rule of 72

Maksud RULE of 72

Kita gunakan rule ini bila kita nak mengetahui berapa lama/tahun investment kita aakan menjadi dua kali ganda dengan cara membahagikan 72 dengan interest atau pulangan dari pelaburan kita.

Contoh

ASB purata dividen dalam setahun ialah 7% lebih kurang.

Modal kita:RM 50,000.000 jadi kita nak tahu berapa lama duit kita akan menjadi RM 100,000.00.Jadi kita bahagikan 72/7%=10.3 tahun lebih kurang.Maknanya duit pelaburan kita akan menjadi RM 100k.

Lepas ni senang boleh congak-congak duit modal kita ambil berapa lama untuk jadi double.

Contoh kalau kita letak dalam ASB,unit amanah ke .Kalau letak dalam simpanan biasa tak payah lah susah payah nak kira yer.Sebab nama pun simpanan bukannya pelaburan .

 

13 Perkara Penting Wajib Anda Pertimbangkan Sebelum Anda Mula Melabur

Jangan mudah tertarik dengan hanya satu perkara sahaja apabila anda hendak melabur iaitu melihat pada pulangan semata-mata.Jika pulangan yang di tawarkan tinggi maka anda terus kelabu mata dan terus setuju untuk melabur.Faktor keuntungan bukanlah penanda bahawa pelaburan itu adalah yang terbaik .Banyak lagi faktor -faktor yang penting yang anda harus lihat dan pertimbangkan.Saya cuba sedaya upaya untuk menyenaraikan mengikut pengalaman saya di dalam bidang pelaburan saham amanah.Dan Insya Allah dengan senarai atau checklist di bawah ini ramai client saya yang terselamat dari melabur ke tempat yang akan meleburkan duit mereka.

Jom kita sama-sama lihat perkara yang wajib kita pertimbangkan sebelum memilih medium pelaburan kita.

1.Pelaburan yang di iktiraf -Jika pelaburan itu dari produk dari bank perdagangan di Malaysia memang tidak perlu di risaukan.Misalnya ASB,Unit Amanah dan produk emas buku pelaburan.Ini memang  popular dan selamat

2.Patuh Syariah-Sebagai muslim kita wajib mencari yang halal dan patuh syariah .Banyak produk di pasaran yang patuh syariah dan semoga harta kita sentiasa dalam keberkatan.Panel Syariah juga adalah satu bonus jika mereka ada dalam portfolio pelaburan kita

3.Jumlah  Pulangan pelaburan-kebiasaan dalam ekonomi sekarang pulangan yang biasa kita akan terima adalah di antara 6%-12% mengikut di mana kita akan leburkan malah anda boleh mendapat lebih lagi.

4. Jenis pulangan pelaburan-Jika anda memilih untuk melabur di ASB pulangan yang anda akan dapat ialah dividend(bonus unit dan ringgit).Jika anda memilih untuk meletakkan di dalam unit amanah anda akan mendapat dua jenis pulangan iaitu dividend dan kenaikan modal.Jika anda memilih untuk melabur dalam emas anda akan hanya mendapat kenaikan harga sahaja.

5. Modal permulaan pelaburan-sekarang semua pelaburan yang ada sangat memudahkan anda untuk memulakan pelaburan anda ,ada modal yang serendah RM 100 untuk anda membuka akaun.

6. Transaksi yang mudah untuk belian dan jualan-Pilihlah tempat pelaburan yang memudahkan anda membuat transaksi dan juga jualan.Ini sangat penting kerana jika transaksi ini mudah di lakukan maka ada harapanlah pelaburan anda semakin bertambah dari hari ke hari tambahan pula adalah satu bonus jika boleh di buat secara autodebit atau online.

7. Kecairan yang tinggi-Jika pelaburan anda sudah matang dan anda ingin membuat pengeluaran yang paling tinggi kecairan ialah ASB,unit amanah dan juga emas.

8. Pemantauan pelaburan secara aktif atau pasif-ini adalah faktor yang sangat penting untuk anda pertimbangkan.ASB,Unit amanah dan emas memerlukan penglibatan kita yang sangat minimum .Ia sangat sesuai untuk kita yang sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing dan tidak mempunyai masa untuk memantau aktiviti pelaburan kita.Oleh kerana itu juga pulangan yang kita dapat adalah sewajarnya dengan usaha penglibatan kita.

9. Kemudahan pengurusan-Segala aktiviti pelaburan dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang mereka dan memberikan kita rasa selamat dan selesa untuk berurusan.

10. Investment  control-Pelaburan yang kita pilih adalah untuk memberikan kita ketenangan fikiran.sebab itu kita lantik pakar yang menguruskan pelaburan kita .dan sebab itu juga kita tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pelaburan kita.Ini adalah contoh pelaburan yang pasif.

12. Transparency/Ketelusan-ASB dan Unit amanah adalah dua instrumen pelaburan yang mempunyai ketelusan mengenai pelaburan yang di lakukan dengan adanya ANNUAL REPORT dan juga PROSPEKTUS.Segala aktiviti dan pengurusan pelaburan lengkap di nyatakan dan semuanya di catatkan dengan teliti.Kalau skim cepat kaya ada Annual Report ke?

13. Pemegang amanah-Pastikan pelaburan kita mempunyai pihak ketiga yang diiktiraf untuk memegang duit pelaburan kita dan yang penting di iktiraf .

 

Jika anda berpandukan 13 perkara di atas untuk pelaburan anda Insya Allah semua pelaburan anda selamat dari di manupulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Apa itu compound interest

Apakah compound interest (faedah kompaun).

Sebagai contoh, katakan anda simpan dan di bankkan  RM 100 .00 tahun yang lalu. Ia memperoleh RM 2.00 dalam faedah tahun lepas. Tahun ini, anda akan dapat pendapatan faedah ke atas $ 102 (simpanan asal ditambah dengan faedah yang diperolehi). Yang mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi memahami bahawa fakta yang mudah boleh mempunyai kesan yang besar kepada kejayaan kewangan anda.

Mengapa faedah kompaun penting kepada anda? Kerana ia boleh bertukar hanya beberapa ringgit hari ini ke dalam wang yang besar sepanjang seumur hidup.

compound interest.png

 

table1.jpg

Cuba lihat jadual di atas saya terangkan dengan seringkasnya tanpa formula yer.

Contoh kalau kita simpan RM 10,000.00 di unit amanah yang berpotensi memberikan kita pulangan lebih kurang 12% setahun dan kita biarkan pelaburan tanpa di keluarkan selama 20 tahun ia akan menjadi RM 96,563.00 dan tanpa kita menambah pelaburan kita.Banyakkan jumlah tersebut.Bayangkan kalau kita menambah pelaburan kita pula.Bagaimana effect pada jumlah simpanan kita pula.Ini yang di namakan kebaikan  compounded interest .Ianya hanya memerlukan MASA untuk melakukan keajaiban.

Mana satu syarikat unit amanah yang bagus

Jika ini soalan anda untuk saya ,saya akan mengatakan semua syarikat unit amanah di Malaysia adalah bagus.Masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.Semua dari syarikat kewangan yang telah lama di tubuhkan.Tapi saranan saya cubalah lihat dengan lebih meluas lagi bukan sekadar memilih syarikat yang terbaik berdasarkan award yang di menangi walaupun itu adalah salah satu cara kita melihat kredibiliti.Pada pandangan saya yang paling penting untuk  kita dapatkan adalah perunding yang berpengetahuan luas mengenai kewangan dan berpengalaman.Ingat anda akan berurusan dengan perunding untuk jangka masa yang panjang yang akan menjaga portfolio pelaburan anda.

Ramai prospek yang saya temui walaupun mereka tidak menjadi pelabur untuk syarikat unit amanah NO 1 tetapi masih membuat dan mendapat pulangan pelaburan yang sangat memberangsangkan.Ini kerana mereka di jaga oleh perunding yang komited dan bertanggungjawab juga berpengetahuan luas.

Ingat tu…