Perlindungan Kekayaan Yang Sebenar

 

Ilmu adalah perlindungan kekayaan yang sebenar.

Saban hari kita di hidangkan dengan berita dan cerita begitu banyak orang yang hilang duit simpanan dan pelaburan yang di sedekahkan di tempat Skim Cepat Kaya.

Bayangkanlah segala penat lelah kita mengumpukan duit dan harta kita dengan harapan untuk di gunakan di hari persaraan hilang sekelip mata kerana kita yang kelabu mata percaya kepada tawaran –tawaran yang “too good to be true”. 

Memanglah individu atau syarikat tersebut tidak mengaku mereka menjalankan Skim Cepat Kaya.Jika anda bertanya untuk mendapat kepastiaan dari mereka memanglah segala persoalan anda akan di jawab dengan jawapan yang sangat BERNAS.!!!

Sebab itu ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan kita dalam menapis tawaran-tawaran seperti ini amat yang akan menyelamatkan kita dari mereka yang tidak bertanggungjawab ini.Jika kita tidak mempunyai ilmu  maka bersedialah untuk anda untuk membayar harga sebuah kebodohan.

Tidak perlu menuntut ilmu sampai ke negeri China untuk mengetahui samaada sesuatu pelaburan itu adalah pelaburan yang sah atau tidak.Cukup sekadar mengetahui yang itu bukan produk dari pihak bank itu adalah TANDA PERTAMA yang di jamin itu adalah Skim Cepat Kaya.Tak perlulah nak buat pengesahan pada mana-mana pihak atau nak tunggu TANDA KEDUA dan keluar banyak-banyak TANDA.Kesalahan tidak perlukan banyak tanda

Bagaimana nak mengesan SKIM CEPAT KAYA.

Konsep yang paling mudah untuk mengenalpasti pelaburan yang menyalahi undang-undang adalah seperti berikut

Syarikat atau individu yang mengutip duit modal untuk di laburkan dan berjanji untuk memulangkan semula modal bersama dengan faedah dalam satu jangka masa yang tertentu.Pulangan yang di tawarkan jauh lebih tinggi dari pihak bank dan kekerapan pulangan pelaburan yang sangat kerap boleh jadi sebulan sekali, 3 bulan sekali ,6  bulan sekali.Mereka ini jarang untuk menawarkan pulangan yang menjangkau setahun sekali.Kalau pulangan hanya akan dapat  masa setahun sekali mana lah orang akan minat nak melabur.Ini dah masuk kategori Skim Lambat Kaya.

Bayangkanlah pihak bank pun hanya mengistiharkan pemberian dividend setahun sekali sahaja dan dalam lingkungan 6%-8% .

Cara yang paling selamat dan terjamin untuk anda melabur .

Berurusanlah hanya dengan pihak Bank yang mengeluarkan banyak produk-produk untuk pelaburan yang sah.Banyak produk pelaburan dari bank yang di pandang sepi dan sebelah mata oleh orang ramai yang kononnya menganggap pulangan pelaburan adalah sangat sedikit dan tidak berbaloi dan lambat kaya.

Contoh produk yang bagus adalah seperti unit amanah,buku simpanan emas ,ASB yang selamat dan diiktiraf oleh BNM.Bila kita menyimpan dalam pelaburan ini hati pun senang tidur pun lena.

Ingatlah untuk mencipta kekayaan kita perlukan disiplin menyimpan ,tempoh masa yang lama dan kesabaran yang tinggi.Pasti hasilnya amat manis.

Sincerely.

Leena Othman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements